"Ya Allah, kepadaMu aku berserah, kepadaMu aku beriman, kepadaMu aku bertawakkal, kepadaMu aku kembali, kepadaMu aku mengadu, kepadaMu aku mengharap... Ampunilah segala yang telah aku lakukan dan yang belum aku lakukan, apa yang aku sembunyikan dan apa yang aku nampakkan.. Wa'fuanni ya Latif..."
Photobucket

Ahad, 13 Jun 2010

-Ahlul Hawa-



Allah bertajalli kepada kita
Ketika malam melabuhkan tirainya
Dan semua manusia tidurlena
Kami asyik dengan segala duka
Kami menyepi dengan jiwa dan nyawa
Kepada Tuhan kami curahkan segenap cinta
Bila tubuh puas dengan harta
Kami merasa puas dan nikmat dengan cahaya Ilahi
Benar,unsur kami dari Bani Adam
Tapi, di atas langit kami dimuliakan
Hujah kami adalah al-Quran
Ia imam dan pemimpin kami
Ikutan kami Nabi pilihan
Ialah guru dan pendidik kami
Ibadahku tiada lain
Kecuali hanya untuk Ilahi
Barangsiapa menyembah Allah Ar-Rahman
Ampunan dan kasih sayang ia dapatkan
Apakah anda menyangka aku pernah melupakanNya
Walau sekejap dalam hidupku?Ah...,bagaimana itu boleh terjadi
Sedang hatiku menyanyi menyebut namaNya
Yang Maha Hak melimpahkan lautan cahayaNya kepadaku
Maka hatiku tak mahu berbicara kepada selain Yang Hak
Aku zuhud dalam hidupku
Bila aku lebur dalam cintaNya
Dan hilang di hadirat Yang Maha Besar
Wahai dunia
Dengarkan apa yang kukehendaki
Bahawa redha Allah paling mulia bagi hati
Aku tak pernah ragu
Bahawa aku mesti cukup walau sedikit
Kerana aku memperoleh kurniaNya
Daripada segala permainanmu...


1 ulasan: